Hi guys, saya Haikal…Weekend panjang baru-baru ni Haikal & family pergi bercuti ke Langkawi. Pengalaman yang takkan saya lupakan. Kami 4 orang, saya, wife dan anak 2 orang. Dah lama kami rancang nak ke Langkawi. Tapi kali ini baru kesempatan. Laju-laju kami apply cuti & siapkan barang-barang nak travel

Sebulan awal kami dah siap itinerary dan apa nak buat di sana. Termasuklah booking aktiviti menarik di Langkawi dan sewa kereta di Langkawi. 

Bagus juga syarikat yang saya ambil ni, sebab masa booking dari KL, saya tak bayar pun apa-apa deposit kat dia. Dia suruh bayar masa nak ambil kereta dekat Langkawi.

Harga yang kami tengok dekat website dia, bila call pun dia bagi harga yang sama. Hairan juga saya, sebab biasa dekat website letak harga murah-murah, bila tanya depan-depan akan ada hidden charges. Tapi dengan mereka ini, tiada pun macam tu..

So terus la saya booking dengan mereka untuk sewa kereta.

Keluar saja dari airport Langkawi, kami terus disapa oleh pihak syarikat kereta sewa dan terus dia serahkan kunci kepada kami untuk kegunaan kami. Borak-borak dengan abang tu sekejap, dia pun cerita la pasal syarikat dia sikit-sikit. 

Rupanya mereka dah lebih 10 tahun buat bisnes kereta sewa di sini. Semua kereta-kereta mereka bawah 7 tahun katanya. (Saya dalam hati bersyukur lah, sebab yakin kereta ini takkan buat apa-apa hal sebab tak tua sangat. Haha)

Sambil-sambil tu saya pun tanyalah abang tu, mana tempat best nak jalan-jalan kalau drive sendiri. Adalah 4, 5 tempat dia rekomen tempat wajib pergi di Langkawi ini. Bagus, sangat friendly abang ni.

Dia tambah lagi pasal syarikat dia, semua kereta yang mereka sewakan, mereka akan buat PDI dulu. Dia kata, bukan PDF, haha..PDI. Pre Delivery Inspection. Saya pun gelak je lah dengan lawak dia ni.

Dia explain dekat saya, semua kereta yang mereka sewakan, wajib melalui quality check sebelum dihantar. Dia kata sebab itu pelanggan suka sewa dengan syarikat mereka, mereka rasa lebih selamat. 

Saya ada tanya juga “Abang, kalau orang datang dengan family besar, macam mana bang ?”

Dia jawab “ Takde hal dik, memang kami ada juga sewa van di sini siap sekali dengan driver, dont worry” dia kata. 

Mesti dia dah biasa speaking sebab banyak jumpa orang putih…Lepas habis borak-borak dengan dia, saya terus ke arah kereta saya untuk mulakan journey trip Langkawi kami.

Masuk-masuk kereta, alhamdulillah memang nampak kereta dia terjaga, bersih dan bawa pun elok smooth je. 

Dari situ, bermulalah perjalanan roadtrip Langkawi kami yang paling menarik..!

Nak tahu cerita penuh pengalaman kami di sana ? Follow untuk part 2 okey!

Btw guys, siapa nak ambil kereta sewa di Langkawi, boleh terus hubungi syarikat kereta sewa ini ya, recommended 100% – Contact 014-649 7634 atau booking di web www.keretasewaabc.com dan beralamat di 116, Jalan Cenang, Kuah, Langkawi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here