Sebuah kisah inspirasi yang bermula di bandar kedua terbesar Kanada, Montreal. Nor Rafidah Khairuddin membuat keputusan besar dalam hidupnya apabila berhijrah ke Kanada pada tahun 2014 kerana mengikuti suaminya yang bekerja di sana.

Dengan niat murni membantu suami menambah punca pendapatan, Rafidah mencabar diri untuk menjual muffin pisang di sekitar Downtown Montreal, hasil daripada resepi ciptaan sendiri.

Diherdik, dikeji, dipandang rendah ketika memberi tester muffin, hanya kerana penampilannya yang bertudung, beliau seakan lali dengan cercaan. Bahkan beliau pernah bekerja sebagai housekeeper dan pembantu dapur dengan gaji sekitar RM42 ($10).


Hasil daripada semangat yang tak pernah padam, pengorbanan beliau terbalas apabila berjinak-jinak menjadi personal shopper dari Kanada. Bermula dengan pembelian pertama beg tangan berjenama hasil jualan muffin, beliau mula mengambil order daripada kenalan di Malaysia.

“Saya nak mereka rasa sendiri pengalaman memakai handbag original jenama Coach, Fossil, Kate Spade dan Michael Kors direct daripada Amerika Syarikat, tapi dengan harga mampu milik”

Semua handbag tersebut dipasarkan melalui Facebook Page ‘Branded Handbags by Rafidah’ dan sambutan daripada pelanggan benar-benar di luar jangkaan.


Pada tahun 2018, beliau mengembangkan perniagaannya dengan menubuhkan butik fizikal sendiri di bawah jenama ‘Sellection’ sebelum mewujudkan website beli belah online sellection.com

Menerusi website sellection.com, pelanggan bukan sahaja dapat melihat sendiri koleksi keluaran terbaharu beg tangan berjenama antarabangsa, mereka juga mendapat info-info berkenaan tips-tips penggayaan beg tangan yang terkini

Jenama Sellection membantu menaikkan status sosial tak kira lelaki dan wanita untuk tampil berketerampilan dan lebih berkeyakinan seiring dengan tagline Sellection iaitu ‘Embracing Confidence’.


Kalau masih tercari-cari lubuk handbag berjenama dengan harga mampu milik, tapi confirm ori dan berkualiti, jom dapatkan di website sellection.com atau boleh datang ke butik Sellection di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur untuk rasai sendiri pengalaman membeli designer handbag yang betul-betul authentic!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here