Kalau bab bercuti di Malaysia, Langkawi mestilah salah satu pilihan utama untuk pelancong rakyat Malaysia, ataupun pelancong luar negara.

Walaupun ianya sebuah pulau yang kecil, terdapat banyak tempat menarik untuk kita nak ‘explore’ dekat sini. Ada kawasan air terjun, pantai yang cantik, cable car, zoo, dan banyak lagi.

Dan terlalu banyak aktiviti menarik di Langkawi yang anda wajib cuba kalau sampai sini!

Anda mesti setuju, tanpa adanya kereta sewa di Langkawi, agak sukar untuk pelancong di sini nak gerak ke mana-mana mengikut itinerary yang sudah plan terlebih awal, lagi-lagi kalau anda melancong dengan keluarga yang besar.

Jom saya kongsikan 5 kriteria anda kena lihat sebelum sewa kereta di Langkawi.

1 – HARGA & HIDDEN CHARGES

Banyak sangat website syarikat kereta sewa di internet yang guna muslihat “hidden charges”. Maksudnya apa ? Dekat website nampak murah, tapi bila kita nak ambil, ada hidden charges.

Sebelum nak conform, tanya betul-betul dengan pihak syarikat tentang hidden charges. Biar harga di website sama dengan harga yang anda bakal bayar.

Lagi satu, cuba cari syarikat kereta sewa Langkawi yang tiada deposit masa nak booking di website.

2 – QUALITY CHECKING

Anda mesti taknak berlaku apa-apa breakdown pada kereta masa tengah seronok bawa jalan-jalan dengan family kan ? Kalau ya, mesti kena make sure dengan syarikat kereta sewa, untuk buat inspection awal-awal sebelum dihantar kepada anda. 

Kereta pula, make sure di bawah 7 tahun usianya. Jadi kita tahu isu-isu besar kereta takkan berlaku bila di bawah 7 tahun ni.

Haa lagi satu, minyak pun make sure ada di tahap berapa sebelum anda mulakan perjalanan anda.

3 – PILIHAN KERETA

Setiap orang prefer jenis kenderaan berbeza untuk bawa jalan-jalan. Ada yang minat van, kereta saiz besar, ada yang minat kereta kecil. Pastikan syarikat kereta sewa anda pilih, ada pelbagai pilihan kereta yang mereka tawarkan.

4 – PICKUP / DROPOFF DISEDIAKAN

Kita kena setuju, kebanyakan orang datang ke Langkawi naik flight. Jadi, kan senang kalau syarikat kereta sewa tu boleh bagi kunci dekat airport terus ? Sebenarnya memang ada syarikat kereta sewa yang buat cara ini. 

Sangat convenient untuk mereka yang suka privacy. Sampai saja di airport, terus ambil kunci dan boleh start roadtrip. Hehe. Dan masa nak balik, handover kunci waktu dekat airport juga!

5 – SYARIKAT OPERATOR SENDIRI, BUKAN MIDDLE-MAN

Dekat Langkawi ni, banyak sangat agen-agen kereta sewa yang beroperasi. Bukan mereka ni tak bagus, tapi mereka tak boleh bagi kita banyak pilihan dan buat keputusan ikut permintaan kita.

Lagi bagus anda pastikan syarikat anda nak sewa, adalah operator itu sendiri. Dengan mereka, pilihan kereta pun banyak, location nak pickup & dropoff pun mudah. Paling best, kalau operator sendiri, harga pun boleh kawtim. Hehe.

So itulah serba sedikit tips nak pilih kereta sewa untuk jalan-jalan di Langkawi.

Ingat yea, lagi teliti anda plan percutian anda, lagi mudahlah perjalanan anda di sana nanti, termasuklah dengan pemilihan kereta sewa yang betul.

Btw guys, siapa nak ambil kereta sewa di Langkawi, boleh terus hubungi syarikat kereta sewa ini ya, recommended 100% – Contact 014-649 7634 atau booking di web www.keretasewaabc.com dan beralamat di 116, Jalan Cenang, Kuah, Langkawi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here