Pada era teknologi ini, telefon pintar bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat. Namun, tahukah anda telefon pintar juga pernah menyebabkan beberapa kemalangan serta kematian yang tidak disangka-sangka.

.

  1. Telefon Masuk Ke Tangki Septik

Pada tahun 2014, seorang wanita Tiongkok tidak sengaja menjatuhkan telefon ke dalam mangkuk tandas. Suami wanita tersebut cuba mengambil telefon tersebut dengan memanjat tangki septik tetapi pengsan kerana terhidu gas beracun. Ibu suami cemas dan cuba menyelamatkan anaknya tetapi terjatuh. Akhirnya, suami dan ibu mertua wanita tersebut tidak diselamatkan.

  1. Direnjat Elektrik

Pada tahun 2013, seorang wanita bernama Ailun berasal dari China meninggal dunia kerana direnjat elektrik. Menurut saksi, iaitu adiknya memberitahu telefon Ailun sedang mengecas telefon dan kemudian ada satu panggilan masuk. Tanpa berfikir panjang, Ailun mengangkat telefon yang masih tersambung dengan wayar ‘charger’.

  1. Digilis Lori

Seorang wanita juga berasal dari China kelihatan sedang menyeberang jalan. Namun, disebabkan terlalu asyik dengan telefon, dia dilanggar dengan lori pertama. Ketika jatuh, tubuh wanita ini digilis pula oleh lori kedua. Akhirnya, wanita tersebut meninggal dunia.

  1. Jatuh dari Tebing

Pada tahun 2015, seorang lelaki bernama Joshua Burwell ditemukan tewas di bawah tebing Sunset Cliff di San Diego. Tebing tersebut memang dikenali dengan ‘scene’ matahari terbenam. Joshua dikatakan meninggal bukan kerana asyik mengambil potret pemandangan matahari terbenam, tetapi disebabkan terlalu asyik dengan telefon sehingga tidak sedar berada di tepi tinggi dan terjatuh daripada kedalaman 18 meter.

  1. Telefon Meletup

Pada tahun 2009, menurut saksi, seorang lelaki berasal dari Guangzhou, China dikatakan baru saja mengisi bateri telefon sebelum memasukkannya ke dalam poket baju. Secara tiba-tiba, terdengar bunyi letupan yang kuat. Saksi melihat lelaki tersebut berlumuran darah di lantai. Dikatakan, kemalangan berpunca daripada telefon yang berkecai sehingga melukai pembuluh darah besar di leher dan terdapat luka terbakar didadanya. 

Kesimpulannya, telefon sudah semestinya memudahkan kehidupan seharian. Namun, terlalu asyik dan leka dengan telefon boleh menyebabkan kemalangan dan kematian yang tidak diingini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here