Dalam ‘circle’ kita mesti ada golongan yang suka manipulatif, kaki drama, berfikiran negatif dan sebagainya. Kita tak perlu pun nak jadi seperti golongan ini. Jom ketahui langkah-langkah nak hadap orang ‘toxic’:

Orang yang ‘toxic’ ini kebiasaannya akan mencari perhatian orang lain. Mereka sanggup untuk membuat pelbagai perkara supaya orang ramai tetap memberi perhatian kepada mereka. Oleh itu, jika anda terjumpa orang begini seeloknya jangan pedulikan sehingga mereka bosan atau penat. Mereka akan berhenti dengan sendiri.

  1. Tidak Membiarkan Perbuatan Itu Berterusan

Andai orang yang terdekat kita bersikap ‘toxic’, lebih baik sekiranya kita tegur terlebih dahulu. Mungkin dia akan berubah. Tetapi, jika dia masih meneruskan perangai begitu. Lebih baik jauhkan diri dengan segera.

  1. Jangan Ragu untuk Buang Orang ‘Toxic’

Anda mungkin ragu untuk buang mereka kerana anggap telah ‘melabur’ banyak perkara dari sudut emosi, masa, tenaga dan sebagainya untuk mereka terutamanya anda yang berada dalam hubungan. Jangan bertangguh terlalu lama nanti anda sendiri yang merana.

  1. Hindari Golongan ‘Teraniaya’

Pernah tak ada kawan pinjam duit tapi bila kita minta balik hutang. Dia akan beritahu dia ada masalah duit sehingga kita yang jadi serba salah untuk minta kembali. Sedangkan di media sosial, dia bercuti sana sini. Bertegas dan cuba hindari untuk mengasihani golongan ini.

Semoga tips ini membantu anda untuk hadap orang yang ‘toxic’ dan tidak perlu lagi stres nak layan golongan ini!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here