Sejarah telah mencatatkan pelbagai bencana yang terjadi di seluruh dunia yang menyebabkan kematian. Berikut adalah antara bencana alam yang pernah berlaku:

  1. 1. Bencana Sungai Yangtze

Pada Ogos, 1931, Sungai Yangtze atau dikenali sebagai Sungai Kuning di China membanjiri wilayah sekitarnya. Dianggarkan 3.7 juta kematian penduduk di situ. Dikatakan hujan lebat pada bulan April telah menyebabkan 500,000 kematian. Sebelum air surut, hujan lebat mula melanda pada Ogos menyebabkan makanan ruji mula berkurang. Akibatnya, penduduk mati kerana kebuluran dan penyakit mula merebak.

  1. 2. Gunung Nevado del Ruiz Meletus

Pada November 1985, Gunung Nevado del Ruiz meletus menyebabkan 23 ribu kematian penduduk Armero. Penduduk tidak sempat menyelamatkan diri kerana ia berlaku pada waktu tengah malam. Sebenarnya sudah ada banyak tanda letusan akan berlaku sejak beberapa bulan sebelum. Namun, pemerintah tidak mengeluarkan arahan untuk berpindah kerana menganggap Kota Armero masih selamat.

  1. 3. Tsunami Acheh 

Tsunami ini telah merosakkan wilayah Acheh pada 2004. Gelombang tsunami ini mencapai 30 meter ini telah meragut lebih 23 ribu nyawa. Penderitaan yang dialami mangsa bencana ini telah menerima bantuan kemanusiaan daripada seluruh dunia.

Kesimpulannya, bencana alam bukanlah kejadian yang dapat dirancang. Namun, kita perlulah ambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri dan keluarga. Semoga kita semua dilindungi daripada bencana dan musibah yang melanda…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here