Dikala rata-rata netizen masih menanti Sesi Live Khas oleh Caprice yang pada awalnya di umumkan akan dilangsungkan pada 21.7.2021, sebuah lagu baru bertajuk Allah Sayang telah di tayangkan secara premiere di Youtube hari ini.

Lagu bertajuk Allah Sayang itu di tulis dan di nyanyikan oleh seorang penyanyi yang tidak dikenali iaitu Wan Utama dan ditayangkan di Youtube Rasmi beliau Waklu TV.

Video Clip Rasmi “Allah Sayang” di Youtube Waklu TV (tekan play untuk menonton)

Salah seorang Admin kami yang kebetulan terjumpa video clip rasmi lagu berkenaan di youtube tersebut mendapati, hanya 21 orang menonton video clip lagu tersebut ketika ia dia tayangkan secara premiere.

Berdasarkan pengamatan, Video Clip Allah Sayang memaparkan situasi semasa pendamik di Malaysia serta turut menjadikan kempen bendera putih sebagai tema utamanya.

Lirik Lagu yang berkonsepkan ketuhanan tersebut mengajak orang ramai kembali untuk memohon pertolongan kepada Allah sekiranya ditimpa kesusahan dalam kehidupan.

Namun, sepanjang video tidak kelihatan sebarang imej atau video yang memaparkan Ustaz Ebit Lew atau sebarang isu terkini membabitkab Ustaz Ebit Lew yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Umum mengetahui, Terma “Allah Sayang” menjadi sebutan ramai setelah ia sering digunakan oleh Ustaz Ebit Lew.

Namun setelah menonton Video Clip lagu ini, ia hanyalah sekadar lagu yang penuh pengajaran dan ketuhanan serta tiada kaitan dengan Pendakwah yang sohor dengan kerja-kerja amalnya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here