Kes Jenazah ditinggalkan dihadapan Masjid

Kos Pengurusan Jenazah dilihat tidak mampu dibiayai oleh sebahagian individu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Tuan Mohd Ajib Ismail berkata sudah tiba masanya kos tersebut diselaraskan di seluruh negeri.

Inisiatif tersebut sedikit sebanyak dapat menghapuskan stigma masyarakat bahawa urusan kematian membebankan dari sudut kewangan meskipun ia termasuk dalam tuntutan fardu kifayah.

Beliau turut mengakui kos pengurusan jenazah agak tinggi di kawasan tertentu dan mungkin akan mendatangkan masalah kepada keluarga yang tidak mampu.

Ia sedikit sebanyak akan menyumbangkan kepada kes meletakkan mayat di masjid kerana waris tidak mampu menguruskannya.

Bagi keluarga yang tidak mampu menguruskan jenazah di kawasan Wilayah Persekutuan, JAWI menyediakan perkhidmatan itu secara percuma.

Selain JAWI, bantuan itu turut diberikan melalui tabung Musa’adah Covid-19 serta Baitulmal.

Tuan Mohd Ajib turut menegaskan pengurusan jenazah adalah satu fardhu kifayah dan bukan medium untuk mengaut keuntungan.

KREDIT – TV AL HIJRAH
(https://alhijrahnews.com/selaras-kos-urus-jenazah-di-setiap-negeri/?fbclid=IwAR27BSnoyl1V_lCyEDD7t7GM2NpgllKrNdUBVp8t23bWVCVqIX9oAJX3yE8)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here