Seperti yang diketahui oleh semua pemandu di Malaysia, mempunyai pelindungan insurans kereta yang sah dan terkini adalah satu kewajipan! Dikatakan sebagai manusia, dari hari ke hari kita selalu terlupa bahawa kita perlu memperbaharui polisi atau apa-apa pelindungan telah kita ambil. Teknologi sentiasa berkembang, begitu juga dengan dunia insurans kereta. Jadi…


 
Apa Yang Terbaru Berkaitan Insurans Kereta?

Cuba teka? Kini anda boleh memperbaharui insurans kereta hanya melalui internet! Mudah bukan? Walaupun agak mengagumkan, tetapi masih ramai yang tidak tahu perkara ini. Menguruskan pelan polisi insurans kereta anda melalui internet boleh memberikan pelbagai implikasi. Hari ini, platform seperti Fincrew.my menawarkan pelbagai perkhidmatan yang dapat membantu anda menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pelindungan insurans kereta hanya dari rumah atau mana-mana sahaja tempat yang memiliki akses internet.
 
Mengapa memperbaharui insurans kereta melalui internet merupakan idea yang baik? Kadangkala, kita berasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. Namun, tidak ada alasan untuk membiasakan diri jika perubahan ini boleh menguntungkan anda.
Memperbaharui polisi insurans kereta anda secara atas talian merupakan satu konsep yang baharu dan jarang didengar. Tetapi ianya memang benar. Kenapa nak memperbaharui insurans kereta dengan cara baru kalau anda boleh lakukannya dengan cara yang lama?
Sebenarnya, terdapat banyak faedah memperbaharui insurans kereta secara atas talian. Berikut merupakan sebahagian daripadanya:


 
Ianya lebih murah

Betul! Memperbaharui insurans kereta secara atas talian lebih murah berbanding memperbaharuinya dengan cara lama. Terdapat banyak diskaun dan tahap fleksibiliti untuk anda yang tak mampu anda abaikan dengan mudah. Mempunyai pilihan untuk memperbaharui insurans kereta secara atas talian pada masa ini adalah sesuatu yang sangat baik. Tidak dapat disangkal lagi, ini merupakan masa yang agak sukar bagi kita semua. Jadi, secara logiknya, ini merupakan peluang terbaik untuk anda menjimatkan sedikit duit!


Memperbaharui insurans kereta secara atas talian dapat mengurangkan stress

Ini merupakan manfaat tambahan sekiranya anda merupakan seorang yang sukar mengawal marah dan stress. Anda tidak perlu beratur panjang, tidak perlu menjelaskan panjang lebar tentang apa yang anda mahukan dan anda juga mempunyai keistimewaan untuk menguruskan hal-hal insurans anda pada bila-bila masa dan dimana jua mengikut kesesuaian anda. Perkara ini mungkin kedengaran biasa sahaja. Tetapi satu hari nanti anda akan nampak kelebihannya apabila anda sibuk dengan urusan pekerjaan selama berhari-hari. Dan ketika itu pula anda perlu menguruskan hal berkaitan dengan pelindungan insurans kereta anda.


 
Ia lebih mudah dan selamat

Kita sangat memerlukan ciri ini pada zaman ini bukan? Disebabkan semua urusan anda mula dilakukan secara atas talian, ia akan mengelakkan risiko anda terkena jangkitan pandemik semasa menguruskan keperluan insurans anda. Tambahan lagi, anda tidak perlu risau untuk menyimpan terlalu banyak dokumen pelindungan insurans anda kerana anda boleh mengakses hampir kesemua maklumat ini melalui internet. Mudah bukan?


 
Kenapa Gunakan Fincrew.my?

Semasa mempertimbangkan kemungkinan memperbaharui insurans kereta saya secara atas talian, saya melihat banyak lagi pilihan lain sebelum akhirnya memilih Fincrew.my, laman web yang dimiliki oleh NickMetrics group. Satu sebab utama kenapa mereka menjadi pilihan saya adalah kerana peranan ‘user interface’ yang memudahkan saya melayari laman web tersebut. Menguruskan insurans secara online merupakan satu konsep yang masih baru. ‘Design’ yang mereka tampilkan sangat membantu. Ianya juga mesra pengguna dan dioptimumkan dengan baik untuk memudahkan sesiapa sahaja menguruskan apa sahaja termasuk tugas yang agak rumit. Satu lagi manfaat tambahan untuk saya ialah betapa terperincinya keseluruhan proses pembaharuan polisi tersebut. Sangat sedikit untuk berlakunya kesilapan. Ditambah lagi pula dengan kadar diskaun hebat dan bantuan dari bahagian khidmat pelanggan yang sememangnya yang terbaik pernah saya temui menjadikan Fricrew.my sebagai pilihan utama saya. Jadi sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk memperbaharui polisi anda, berilah mereka peluang dan rasai pengalaman hebat perkhidmatan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here