Restoran ini memang dah lama popular & selalu mendapat perhatian media. Cuba google Restoran Kari Kepala Ikan Noordin, banyak artikel & youtuber dah sampai di sana.

Walaupun restoran nun jauh di Bidor, itu tak menjadi masalah bagi orang luar mahupun sekitar untuk sampai. Tapi pastikan anda sampai sebelum lunch hour, kalau lambat, memang lauk dah banyak clear!

Bos Restoran Nasi Kandar Nordin, Nordin Abdul Kadir, 50, pernah cerita, ramuan masakan kari kepala ikannya berasal daripada resepi bapa beliau yang mengajarnya memasak sejak zaman sekolah lagi. Dari situ timbul minat untuk berniaga kerana masakan itu mampu menambat hati pelanggan.

Karinya memang padu pun, sekali kena..pasti repeat! Kami bagi 5 surrrrrrr

Restoran Kari Kepala Ikan Noordin

  • Lokasi: Jalan Besar, Bidor, Perak
  • Menu utama: Kari Kepala Ikan – Jenahak, kerisi, kerapu dan merah
  • Harga: Dari serendah RM5.
  • Kari Kepala Ikan dari RM65 hingga RM135 seketul (bergantung kepada jenis dan saiz kepala ikan)
  • Waktu Operasi: 11 pagi – 2 petang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here