Kita semua sedia maklum Youtuber popular Malaysia, Syahmi Sazli bakal menayangkan Filem pertamanya; Mael Totey The Movie di saluran Astro First pada 22 Oktober 2020 nanti.

Dengan mengenengahkan salah satu cerita yang pernah hit di Youtube nya satu ketika dahulu dan di angkat menjadi Filem, Syahmi Sazli mempertaruhkan bintang-bintang Youtubenya iaitu Asif dan Yoe Parey dalam filem sulung arahannya itu.

Rata-rata netizen memberi komen yang positif di youtube Syahmi Sazli yang menayangkan trailer filem tersebut.

Syahmi Sazli dalam satu temubual bersama akhbar tempatan menyatakan yang dia juga sedia di kritik dan menerima kecaman atas karyanya itu.

Sumber: hmetro.com.my

Menurut Syahmi lagi, kos menghasilkan Mael Totey The Movie menelan belanja sekitar RM400,000.00 namun dia tidak terlalu memikirkan sasaran kutipan hasil tayangan Filem itu.

Sumber:hmetro.com.my

Hasil daripada pemerhatian Koleksi Viral dan sambutan terhadap trailer Mael Totey The Movie, filem ini dijangka mendapat sambutan yang menghangatkan terutama daripada peminat-peminat dan followers Syahmi Sazli yang sentiasa menyokong bakat dan karya beliau!

Korang dah tengok belum trailer Filem Mael Totey ni? Jom tengok!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here