Bintang bola sepak Dunia Cristiano Ronaldo dilaporkan positif dijangkiti virus Covid-19.
Walaubagaimanapun penyerang Portugal dan Juventus itu dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang gejala. Akibat daripada itu, dia kini menjalani kuarantin.
Portugal akan berdepan Sweden dalam aksi Liga Negara-Negara awal pagi Khamis ini tanpa kelibat Ronaldo.


Persekutuan Bola Sepak Portugal memberi pelepasan kepada Cristiano Ronaldo daripada beraksi bersama skuad kebangsaan susulan daripada keadaan semasa bintang itu.