Haiii gais, Noor is back again..haha. Apa khabar korang semua ? Semua stay safe, stay home yea sebab kes Covid makin meningkat pula sekarang. Nasib baiklah Noor sempat nak pergi bercuti ke Pulau Perhentian sebelum kes naik balik. Tapi kali ini Noor ambil pakej discovery diving pula di sana. Salah satu aktiviti yang dah lama Noor mengidam nak try. Mengidam diving pun boleh ye. Kihkih.

Okey, so dengan siapa yang Noor pergi trip kali ni ? Dengan kakak dan 2 sepupu saya. Total 4 orang kami pergi. Asalnya niat nak ambil pakej lesen diving terus. Sebab kalau dah boleh ambil lesen, tapi sebabkan timing kami plan ni dah hujung-hujung oktober, musim monsoon pun makin dekat dan kami tiada pilihan tarikh yang ngam dengan hari cuti kami.

Salah seorang sepupu Noor tu doktor pula, jadi dia dapat approval cuti 3 hari pun dah cukup lama, kalau nak amik pakej diving lesen, perlu pergi 4 hari 3 malam. Jadi kami end up amik pakej Discover Scuba Diving. Lepas buat survey beberapa pakej berlainan, kami pilih Angel diver sebab pakej mereka antara yang murah dan review pun sangat bagus.

Ini Itinerary kami untuk trip 3 hari 2 malam discovery diving Pulau Perhentian:

MasaAktiviti
Day 1
MorningRegister to ride boat at seven seas holiday (8am to 12pm)
AfternoonCheck in & lunch (own cost)
3.30pmDiscovery scuba diving
7.30pmDinner at matahari restaurant
Day 2
8amBreakfast
10amSnorkeling trip
12.30pmLunch at fishermen village (own cost)
2pmSnorkeling trip
3.30pmBack to chalet
7.30pmDinner at matahari restaurant
Day 3
7.30am to 10amBreakfast
11.30am
Boat time 8am, 12pm and 4pm
Checkout

Kami memilih bas sebagai trasnport nak pergi ke sana, sebab kereta kami masing-masing tak dapat nak bawa long drive sampai Terengganu. Dari TBS bus kami bergerak pukul 12.30am. Tiket bus harga RM100 pergi balik. Kami sampai di stesen bus Kuala Besut lebih kurang 8am. Dari stesen bus, abang driver tu bagitau jalan kaki 10minit terus sampai jeti untuk ke Pulau Perhentian.

Jadi kami pun berjalan lah dari stesen bus. Kami singgah dulu restoran tepi jalan untuk makan sarapan sebab masing-masing dah perut kelaparan dah masa tu. Kami makan nasi kerabu dan lauk ayam dan daging. Memang sedappp nasi kerabu dia. Then kami berjalan dan sampai ke jeti Kuala Besut.

Bot dari jeti ke pulau Perhentian available setiap sejam dari pukul 8am. Jadi kami tak perlu rushing sangat untuk kejar timing takut terlepas. Kami naik bot pukul 10am. Lebih 45minit kemudian kami sampai la ke Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian.

Untuk pengetahuan korang, Pulau Perhentian ni adalah gabungan 2 pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pakej yang kami ambil adalah di bawah Angel Diver yang ada di Pulau Kecil. Jadi sampailah kami di sana. Turun dari bot, view pertama kami nampak adalah sebuah 5-Star hotel yang sangat cantik betul-betul di sebelah jeti bernama Mimpi. Kami pun masing-masing bermimpi kejap bestnya kalau dapat duduk hotel tu. Haha! Kami berjalan lebih kurang 10 atau 15minit dari sana dan jumpa lah pondok Angel Diver.

Pondok Angel Diver…

Masa tu dalam pukul 12pm lebih. Kami letak beg kami, dan jumpa dengan person in-charge di sana. Kami diberikan form untuk diisi untuk aktiviti scuba diving yang akan diadakan petang hari itu. Tapi kami masih belum boleh check-in hotel lagi, sebab bilik belum ready. Jadi kami pun terus tukar baju dan masuk la mandi laut.

Air laut dia guys sumpah lawa giler…Jernih dan even dekat dengan pantai pun ada nampak ikan-ikan. Kitorang dah excited gila masa tu. Mandi-mandi lebih sejam, sampai penat. Terus kami naik balik, dan yesss kami dah boleh check-in. Kami dapat bilik di hotel Matahari Chalet & Restaurant.

Antara fakta tentang percutian di Pulau Perhentian:

  • Dari 10am – 6pm, dekat pulau ni memang tiada elektrik. Jadi korang ank caj fon, laptop buat la pagi-pagi atau lepas 6pm.
  • Makanan dekat sini memang agak mahal, kami kena caj RM15 untuk 1 jug air kosong.
  • Pulau Perhentian ni ada spot cantik nak ambil gambar, iaitu di Kincir Angin Pulau Perhentian Kecil. Korang kena hiking dalam 50minit, dan akan sampai ke situ. Memang berbaloi hiking situ, sebab view cukup cantik dan boleh amik gambar for instagram.

Kami diberitahu oleh abang Angel Diver tu, pukul 3pm akan mula aktiviti Scuba Diving. Oh yea, saya tak explain lagi kan pakej Discovery Scuba Diving ni macam mana. Ni kira basic pakej untuk mereka yang nak diving tapi belum berani nak pakej lesen. Kira macam percubaan la. Dalam pakej ni, kita ada 1 sesi diving (dari pukul 3pm – 5pm) dan next day 5-point snorkelling. Diving dia tak naik bot pun. Dari pantai kita praktis di laut yang cetek then gerak slowly ke air dalam tak lebih dari 4m dalam dia.

Pengalaman Scuba Diving

So kita dapat amik feel diving dan boleh snorkelling puas-puas next day. So pukul 3pm kami turun dari bilik, terus ke pondok Angel Diver untuk mulakan sesi diving kami. First abang Angel tu bagi kami briefing dulu. Dia tunjukkan kat kami cara guna tangki oksigen, cara pakai dia macam mana dan apa yang kami patut buat di dalam air nanti.

Tengah seronok-seronok pakai tangki oksigen. Belum berdiri lagi masa ni. Bila berdiri pakai benda alah ni baru rasa berat dia gila-gila…

Awal-awal nampak agak keliru sikit, tapi bila dah start buat tu, dah faham. Lepas habis briefieng, kami pilih saiz fin ikut saiz kaki. Then kami dapatkan diving goggles dan terus pergi ke tempat terletaknya tangki-tangki oksigen.

Gais, memang berat gila tangki dia gais. Noor pakai je benda alah tu terus tak boleh nak bangun. Punyalah berat tangki dia. Tapi lepas cuba dan cuba dapatlah bangun akhirnya dan berjalan. Walaupun diving ni tepi laut je, tapi spot dive ni di hujung pantai. Kami pula di tengah-tengah pantai. So kami naik bot untuk ke spot diving.

Ini kami dah naik bot untuk ke diving spot.

Dekat diving spot, kami pun pasang siap-siap tanki oksigen, fin dan goggle dan turun laut. Memang orang sekeliling pandang kami macam alien je sebab nampak pelik. Hahaha.

Bermula lah sesi diving kami dari sana. Ada 2 abang guide yang ikut kami untuk ajar. Lepas masuk dalam air, kami diberikan 4 tugasan yang kami perlu follow dan buat untuk mahir skill diving. Antara tugasan ialah:

  • Keluarkan air yang dah termasuk ke dalam mask
  • Keluarkan peniup oksigen dari mulut dan pakai balik
  • Keluarkan air yang dah masuk ke dalam peniup
  • Menyelam ke bawah dan naik ke atas permukaan air

Tugasan-tugasan tu agak simple. Mula-mula abang guide tu akan buat, kita kena tengok. Then kita kena buat, dan abang tu akan tengok dan bagi kita kelulusan. Kalau kita tak berjaya buat tugasan tu, dia akan ajar sampai kita boleh buat dan lulus.

Selepas habis keempat-empat tugasan, kira kami dah jadi pro sikit untuk nak dive di laut yang dalam sikit. Abang tu suruh kami ikut belakang dia, dan dia terus dive ke laut dalam. Sampai la ke kawasan air yang dalamnya lebih dari ketinggian kami.. Rasanya ada kot dalam 3 atau 4 meter dalam dia. Di situ kami pun dive la atas dan bawah, ada juga beberapa ikan boleh nampak.

Then abang guide tu ambilkan gambar kami guna GoPro kami. So kami pun buat macam-macam posing acah-acah diving depan camera. Tapi makin lama kami dalam air dengan pakai tangki oksigen dan peniup udara, makin sakit mulut kami. Sebab peniup tu agak besar daripada mulut, haha. Lepas dalam 15 ke 20 minit, kami terus naik ke permukaan air, dan ada bot yang tengah tunggu kami disitu dan terus kami naik.

Ini kami berempat tengah tengah diving, abang guide tolong ambilkan gambar kami.

So habislah trip discovery scuba diving kami pada hari pertama. Lepas dah try discovery diving ni, kami makin berani dan confident untuk ambil pakej Lesen Diving pada tahun depan. So kita tengok lah tahun 2021 inshaAllah kalau ada rezeki nak amik lesen diving terus!

Lepas balik ke pantai, kami sambung pula mandi laut setengah jam, sampai masing-masing dah mula kelaparan. Apa lagi, terus kami jalan-jalan cari kedai makan yang sedap nak makan. Dalam pakej Angel Diver ni, siap ada 2 kali breakfast, 2 kali dinner. Tapi diorang bagi dalam bentuk voucher. Dan kita boleh makan di mana-mana kedai yang kami pilih.

Dan bestnya sepanjang pantai ni, ada bermacam kedai makanan yang berbeza. Jadi pilihan kami banyak la. Lepas round-round kami duduk di satu kedai dan makan puas-puas. Rata-rata kami order western food. Setting tempat kedai makan tu pun best. Ada payung, dan duduk betul-betul di tepi pantai menghadap laut.

Makan dinner terus lepas habis diving session

Lepas habis makan, kami terus naik ke bilik, mandi dan solat. Pukul 8pm lebih kami turun bawah. Nak lepak-lepak tengok nightlife dekat sini macam mana.

Nightlife di Pulau Perhentian

Noor punya favourite dekat Pulau Perhentian ni adalah lighting2 yang setiap restoran pasang pada waktu malam. Setiap restoran ada warna-warna lampu diorang sendiri. Ada deko sendiri. Ada restoran sediakan bean bag dan meja di lantai. Memang boleh duduk santai-santai lepak di bawah sambil minum air.

Ada restoran yang sediakan buaian. Makan sambil buai-buai. Ada restoran sediakan honeymoon candle dinner siap dengan hiasan bunga disekeliling. Dan menarik lagi, malam-malam ada kumpulan yang buat fireshow untuk tontonan orang awam.

Pertunjukan api di pada waktu malam…

Memang happening sangat-sangat waktu malam dekat sini. So kami pun lepak-lepak minum air, makan ringan-ringan dan borak-borak, main game sampai la pukul 12 lebih sebelum masuk bilik dan tidur.

DAY 2: SNORKELLING TRIP

Tiba day 2 kami, kami bangun awal pagi nak cari sarapan. Tapi malangnya tak banyak kedai buka sebab awal pagi sangat. Pukul 8.30 ada 1 kedai je yang buka. Jadi itu jelah pilihan kedai untuk kami makan.

Kami masing-masing makan agak heavy juga pagi tu, semua order roti canai 2biji…Haha, mentang-mentang tengah holiday semua dah tak jaga diet.

Habis makan, kami get ready untuk aktiviti snorkelling. Kami ambil life jacket dan snorkelling mask dan terus naik bot. Bot yang kami naik tu takde bumbung, jadi kami berharap-harap takde hujan haritu masa kami tengah snorkelling.

Since ini adalah 5-point snorkelling, abang bot tu bawa kami ke 5 tempat snorkelling overall.

Spot #1: Sesi warmup. Dia bawa kami ke sebuah pulau dan turunkan di pantai. Dia kata snorkelling tepi pantai sini untuk warm up. Tapi kat tepi pantai pun memang banyak ikan cantik-cantik berkeliaran. Dalam 3minit kami disitu.

Spot #2: Turtle Point. Kami dibawah ke satu spot, tengah2 laut. Itulah turtle point, dan memang kami nampak ada 2 penyu besar di permukaan air tengah gerak slow-slow. Cuma agak mengecewakan sikit, air di sana dah keruh sikit sebab awal pagi hujan lebat. Tapi kami masih boleh nampak penyu secara kabur-kabur.

Spot #3: Shark Point. Ini yang paling best. Kami nampak 3 ekor shark bila snorkelling kat spot ni. Memang laju juga dia gerak. Abang bot tu sendiri dia turun laut dan guide kami, dia yang tunjuk belah mana ada shark lalu. Nasib baik dia kat bawah sikit, jadi kami tak takut bila nampak kelibat shark tu.

Spot #4: Coral spot. Spot ni korang boleh nampak coral dengan sangat dekat. Abang bot advisekan jangan pijak coral sebab boleh bunuh dia dan kita sendiri boleh kena luka. Coral di sini sangat dekat dengan permukaan air, jadi nak elakkan daripada terpijak dia memang mencabar sikit kadang-kadang.

Spot #5: Sampai je ke spot ke-5 ni, abang bot turunkan kami di pantai. Spot snorkelling ni dekat je dengan pantai, jadi kami turun pantai, makan tengahari dulu. Masing-masing order nasi goreng je. Habis makan, terus sambung snorkelling. Dekat spot ni kami tak tengok ikan sangat pun. Jauh sikit dari pantai situ, ada blok-blok plastik terapung macam boleh main. Jadi kami keempat-empat pergi ke terapung tu. Kami siap terjun dari terapung buat backflip berkali-kali. Buat benda alah tu lagi seronok daripada snorkelling pula rasanya. hahaha.

Lebih kurang 40minit juga la kami bermain atas terapung tu puas-puas. Then kami naik bot dan balik ke pulau kami. Baru dalam 3.30pm macam tu, settle dah aktiviti snorkelling kami pada day 2. Dan apa lagi, macam biasa, kami terus turun laut nak mandi-mandi-mandi sebelum naik ke bilik masing-masing.

HIKING KE KINCIR ANGIN PULAU PERHENTIAN

Kami take a break. Rehatkan diri. Mandi dan terus keluar sebelum pukul 5.30pm. Sebab kami nak pergi hiking ke spot gambar cantik Kincir Angin Pulau Perhentian. Hiking punya hiking, lebih kurang 50minit juga untuk sampai ke puncak dia. Kat situ ada tanggan yang cantik, latarbelakangan kincir angin dan juga view keseluruhan Pulau Perhentian. Hiking yang dibuat selama 50minit tu memang rasa berbaloi sangat.

Ini kakak dan sepupu Noor tengah posing atas tangga. Ini view depan, kalau amik gambar dari bawah tu, nampak view kincir angin.

Klik..Klik..Klik..Ambillah gambar puas-puas di atas sana, jam pun makin lambat, kami takut nanti gelap. Mula lah kami turun bawah dan sampai-sampai je ke pantai, ngam-ngam azan dan dah gelap. Tengok kat atas, full moon pada malam tu. Dengan reflection di laut yang cantik, dekat situ pun dapatlah lagi satu spot bergambar cantik punya untuk kami.

Ini Ashraf. Turun dari hiking je nampak pantai dengan view full moon macam ni. Lampu berwarna-warni tu lighting dari kedai makan sebelah.

Habis ambil gambar, kami naik bilik, mandi dan turun balik untuk dinner. Kali ini kami cari restoran lain pula. Yang lagi rare. Dan akhirnya kami jumpa pun. Menu makanan dia ada yang rare-rare, saya order ikan Shark, ada yang order sotong, dan ikan-ikan lain.

Excited juga nak try ikan Shark puna rasa macam mana. Tapi makan-makan takdela rare mana. Rasa sama macam ikan lain juga. Kahkah. Selepas makan dinner, kami cari restoran lain yang ada jual desserts pula. Sebab niat nak lepak lama-lama sambil minum dan makan-makan ringan.

Jadi kami singgah di satu restoran yang nampak sangat santai dengan kerusi-kerusi bean bag dan meja di atas pasir je. Jadi kami pun pilih satu meja dan order la aiskrim, waffle dan air minuman. Aktiviti kami pada malam tu ialah Nyanyi lagu bermula dari perkataan hujung lagu sebelum orang yang nyanyi sebelum kita.

Game ni kami main sampai la pukul 1.30pm – itupun kami terpaksa habiskan sebab restoran kami tengah lepak tu nak tutup. Kalau tak mahu sampai 4pagi kami main lagi..Masing-masing tak mengantuk, sambil layan pemandangan pantai, memang rasa best.

So kami pun naik lah ke bilik dan tidur. Habislah aktiviti hari kedua kami.

Day 3: Jom Balik!

Tiba sudah day-3, hari penghujung trip kami ke Pulau Perhentian. Macam biasa kami sarapan dulu, kalini kami makan roti canai dan beli nasi minyak bungkus dari makcik yang tengah menjual di tepi kedai restoran kami tengah makan. Nasi minyak dia power juga. Murah pun murah. Alhamdulillah.

Terus kami kemas-kemas barang, packing, dan checkout bilik. Pukul 12pm ada masa bot kami utk ke Kuala Besut. Jadi 11.30am dah keluar dan berjalan jauh sampai ke hujung, tempat bot tengah menunggu. Naik bot, sampai ke Kuala Besut.

Dari jetty Kuala Besut kami berjalan ke stesen bas. Tepi jalan, ada gerai jual keropok lekor, so masing-masing beli lah 2, 3 kilo. Balik rumah dah try makan, memang rasa sedapp sangat, rasa sedap dia mmg tak sama dengan keropok lekor yang beli dekat KL guys..

Kami naik bus pukul 1.45pm untuk ke TBS, KL. Sampai ke KL dalam jam 9pm lebih. Masing-masing muka kepenatan. Naik grab, sampai rumah, terus flat. Tidur dengan kenangan-kenangan yang terindah guys..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here