Haloooo guysss. Ini artikel pertama Noor tulis dalam Koleksi Viral. InshaAllah banyak lagi pengalaman adventure Noor akan menyusul di sini hokeyyy.

Ok dalam post ni Noor nak share pengalaman stay dekat hotel mewah di Terengganu, which is Primula Beach Hotel. Lokasi hotel ni ngam2 di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu, jadi kalau korang ada urusan di KT, hotel ini ialah pilihan terbaik untuk korang stay.

Sebab Noor pun datang KT atas urusan kerja dengan rakan sekerja, jadi kami guna kesempatan ni untuk buat staycation di Primula hotel ni. Primula ni best sebab dia ada beach hotel, maknanya korang dapat view bilik menghadap laut, dapat lepak petang-petang di laut, nak mandi laut pun boleh, dan boleh juga buat aktiviti-aktiviti pantai seperti main bola, ride kuda, main sand castle dengan kanak-kanak dan malam-malam boleh jalan-jalan Kuala Terengganu.

BILIK DI PRIMULA HOTEL

Perkara pertama Noor biasa excited nak tengok bila buat staycation ialah view bilik…Masuk-masuk bilik je Noor terus pergi balkoni nak tengok view. MasyaAllah gaiss, memang cukup paduuu view dia menghadap laut ni…Tengok bawah nampak swimming yang masih dalam kawasan hotel, then nampak pantai, dan laut yang sangat best.

Ini view dari balkoni

Lagi best apa tahu gais, malam-malam Noor berdiri dekat balkoni, menghadap laut. Perghhh rasa nyaman, sejuk, indah, semua ada…Haha. Sebab kami booking pada last minit kita tak dapat bilik yang kecil sikit, jadi balkoni dia pun kecil sikit lah. Tapi bilik kami memuaskan. Agak besar juga. Tapi kawan Noor dapat bilik yang besar. Jadi Noor review juga bilik dia. Di bawah ni gambar-gambar bilik Primula Suite.

Semua kemudahan biasa yang ada dalam bilik hotel, memang lengkap. Ada iron, peti sejuk, locker box, TV, almari, dan satu lagi benda menarik kat bilik hotel ini, diorang siap ada speaker dalam bilik yang kita boleh adjust volume dia. Memang ada masa-masa tertentu, hotel ini buka lagu dan kita boleh dengar kalau berminat.

So once dah checkout bilik, duduk-duduk relax-relax, Noor pun terus turun bawah nak explore hotel. Kebetulan masa Noor stay di Primula Hotel ni, ada event yang sedang berjalan di lobi hotel. Terengganu Cultural Festival 2020. Jadi ada beberapa aktiviti diorang tengah buat. Antaranya persembahan lagu tradisional, ada pameran-pamerah lukisan gambar yang menunjukkan keunikan dan adat orang Terengganu. Noor sempat rekod persembahan lagu mereka dan pameran lukisan dekat sana.

Lepastu, Noor pun terus turun bawah dari lobi ke jalan belakang hotel yang ada entrance untuk ke swimming, dan pantai. Hari yang Noor stay ni adalah hari khamis, jadi esoknya cuti di Terengganu. Jadi agak ramai juga la orang tempatan yang vacay macam kami. Masa tu dalam pukul 6pm lebih, jadi Noor ingat nak pergi walking sekejap di pantai, ambik aura laut, sambil-sambil nikmat keindahan alam.

Turun dari lobi hotel, terus ada swimming pool. Terus jalan lagi dah sampai ke pantai. Pantai dia sangat bersih, walaupun ramai, tapi tetap bersih. Noor jalan la dari hujung sana ke hujung lagi satu sambil kaki kena air laut. Hehe.

Pantai dia yang sangat cantik…

NIGHT LIFE KUALA TERENGGANU

Lepas walking yang ringan di pantai, Noor terus naik ke bilik, mandi dan solat. Then dalam pukul 8pm lebih Noor dengan rakan sekerja keluar hotel nak makan sambil nak explore nightlife di KT. Persinggahan pertama kitorang adalah mana lagi kalau bukan satu-satunya shopping kompleks KT yang fames, KTCC Mall. Hanya 5 minit je dari hotel kami guys untuk ke KTCC Mall ni.

Tapi bukan kemain crowded kat dalam. Mentang-mentanglah malam minggi di KT, memang ramai sangat datang shopping di sana. Kami pun pusing-pusing, beli baju sikit, dan terus keluar. Next stop kami pergi ke pasar malam KT. Dan menariknya sebelah pasar malam tu ada tempat permainan kereta kanak-kanak. Since kawan Noor pun memnag bawa anak-anak dia, kami bagilah diorang main sekejap dekat sana. Siap Noor pun naik kereta mainan tu dan ride pusing-pusing. Haha.

Tempat permainan kanak-kanak di sebelah pasar malam Kuala Terengganu

Kalau dah aktif main macam ni, perut pun mula buat bunyi la macam biasa. Jam pun dah pukul hampir 10malam. Kami terus drive ke restoran Tenang Seafood Ikan Bakar. Kami pun order la nasi, ikan masak merah, ikan masak stim, telur dadar, sayur kailan ikan masin, dan air minuman. Memang padu juga la makanan dia. Alhamdulillah dengan kenyangnya perut, kami terus balik ke hotel.

Dinner kami

BREAKFAST DAN MANDI SWIMMING POOL

Pagi keesokannya kami bangun agak lambat. Tapi takde lah lambat sangat sampai miss breakfast time. So aku terus ke cafeteria mereka. Since masih dalam PKPP, menu buffet mereka ditutup buat sementara. Jadi kitorang diberikan beberapa pilihan meal yang boleh order dan diorang akan masakkan. Aku order nasi daging dengan kari ikan. Memang sedaaap sangat rasa dia. Cuma Noor tak puashati sikit sebab tak dapat rasa makanan buffet, roti-roti dan desserts ala-ala orang putih. Haha.

Menu nasi dagang Noor…

Noor jarang makan nasi pagi-pagi, tapi sebab nak rasa makanan tradisional orang ganu, Noor makan je nasi dagang pagi-pagi. Dengan perut yang heavynya, kami terus swimming pool. Mandi-manda, siap buat pertandingan tahan nafas paling lama, race siapa swim paling laju. Tapi tiada satu game pun yang Noor menang. Kihkih.

Ok, so at last, tamat lah trip staycation kami hotel Primula Beach Hotel dengan kenangan-kenangan yang indah. Dapat menikmati keindahan alam semula jadi tepi pantai, dapat lihat Kuala Terengganu, rasa makanan tempatan dan paling best dapat hilangkan stress kerja.

So lepasni Noor akan jumpa korang dalam post yang baru, dengan pengalaman baru okey gais..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here